Sumpah Kesumat 1

Sumpah Kesumat   adalah karya penulisan aku. Teringin sekali meluangkan masa lapang aku di mana sahaja koordinatku berada. Satu Epik yang aku reka khas buat tantapan umum ini adalah luah rasa khayalan aku melakari cerita Epik sebegini. Zaman bergolak dari cinta yang sejati yang sedang diserang ledakan sumpah kesumat seseorang. Aku yang masih mentah usia darah muda ingin megatakan hasrat satu cinta dalam cerita khayalan aku ini. Biarlah kabus melanda, sanggup aku tiup kabus itu jika bekehendakkan untuk berjaya satu karya penulisan. Jinak jinak si anak buaya, jangan pernah melanggarinya.. Selamat Membaca ya...




Dimanakah Wira? Kuntum ingin sekali memilikimu.. retakan bumi kesan langkah demi langkah tapak kaki hentakan Kuntum Sari menginjau rumah besar berhadapan tasik yang menyejukkan keberadaan Kuntum. "Ah, lakuan aku amat tidak benar sekali, baik sahaja aku mengundur langkah aku!!" kata Kuntum pada diri. Sepantasnya Kuntum menoleh langkah belakang lalu terserempak Wira kekasih hatinya. "Kuntum, buat apa kamu ke sini ?" tanya Wira kepada Kuntum. "Aku ingin meninjau mu Wira ku. Terlalu lama rasanya kita tidak bersemuka, adakah kau sudah tiada aku dihati mu Wira?" terus Wira menjawab "Jangan lah engkau sebegitu rupa berpaling percaya pada ku Kuntum. Kau lah satu-satunya mata sinar hati aku, tiada mu maka tiadalah aku! Sayang aku padamu lebih dari aku menyayangi diri aku. Walau ombak api melanda kita, sanggup kah engkau harungi bersama?" terdiam dan mengukir senyum pada wajah Kuntum. " Aku sanggup Wira. Sayangku pada mu. Ledakan kata dari Kuntum dan Wira menyemarakkan lagi cinta mereka. "Wira, baik sahaja engkau pulang, sebaik petang matahari terbenam, sudi datang menjamu selera dengan keluarga ku ya." kata Kuntum kepada Wira.
Wira pun terus malambai pulang kepada Kuntum dan Kuntum terus melangkah pulang ke rumah sendiri. Langkah demi langkah terjumpa Melati anak Panglima Seman terus Kuntum bertanya; " Melati, dari mana hendak kemana?" tegas Melati. " Dari racun hendak ke madu!!"Hairan Kuntum dengan jawaban Melati yang bagai meyindir tanpa tahu. "Melati, kenapa Melati jawab sedemikian? Apa yang aku telah berbuat salah ke pada mu Melati?" tegas Melati dengan nada yang sinis " Kuntum, Wira kepunyaan aku. Aku amat mencintainya sejak azali lagi, tetapi engkau telah merampas Wira dari aku bukan! ah, jangan engkau berpaling rupa pada ku Kuntum. Suatu masa Wira kepunyaan aku Kuntum!! Jangan kau teruskan hubungan engkau dengan Wira. Jika tidak, terjebaklah mangsa seperti Lara Sati kekasih Wira dahulu. Haha!!" Kuntum terdiam dan tercegang kata-kata Melati. Ujar Kuntum "Wira dan aku cinta sejati, lahir dari lubuk hati, jangan engkau padamkan sinar mentari kami. Lara Sati mati terbunuh engkau penyebabnya. Aku tahu segalanya. Jika aku mangsa seterusnya seperti Lara Sati, itulah nasib bagi aku tetapi jika aku mati ditangan mu itu tidak bermakna Wira menjadi kepunyaan mu Melati." selesai kata-kata Kuntum kepada Melati, Melati terus ghaib hilang. Pancaran mentari dibalik pepohon semakin kuat memancar, Kuntum harus pulang dengan segera nya kerana Ibunya sendirian di rumah.

"Dimana sahaja kamu Kuntum? Tidakkah kau khabarkan aku jika kamu hendak kemana.." tanya ibunya. Jawab Kuntum "Jumpa Wira Ibuku, sungguh rindu Kuntum padanya Ibuku. Jemput Wira makan bersama nanti terbenam sinar mentari Ibu..." Lantas Mak Kenanga ibu kepada Kuntum menjawab "baik sekali, sudah lama Ibumu tidak melihat rupanya Wira kamu. Masaklah sayuran yang baru saja Ibu mu petik tika tadi Kuntum." Kuntum pun terus semangat sedia hidangan santapan malam bersama Wira.

"Ah, Mak! Tadi Melati terjumpa hina dengan Kuntum anak Mak Kenanga. Sungguh berani Kuntum tegak rupa dengan Wira. Mak! apalah harus Melati buat jika keinginan ku mendapatkan Wira ditangan Kuntum." adu Melati kepada maknya Merina "Sungguh berani itu nak Mak Kenanga! haha.. jika mu lakukan apa yang engkau pernah lakukan pada Lara Sati terdahulu, mak akan ikut dari belakang. (senyum sinis mak Merina).. Jika kau lakukan, tetapkan hari pada hari kemuncak mereka. hahah" Ujar Melati." Jikalah begitu, sanggup aku daki gunung berapi hanya untuk mengambil bintang impian hati..." senyum gembira dari Melati kepada Mak Merina.
"Apa yang kamu bualkan isteri dan anak ku?" tanya ayanda Melati iaitu Panglima Seman kepada mereka anak beranak " Tiada apa-apa yang yang perlu kami soalkan..." ujar Panglima Seman. " Jangan lah mencemar nama ayanda mu ini Melati, biarlah Lara Sati pergi kau korbankan demi Wira. Wira bukan jodoh seratan mu Melati. Biarlah Wira aman damai keberadaan nya. Jika lah tulah mu tumbang, matinya Melati dihempas atmosfera.." Jawab Mak Merina. "Jangan buak mulut bersoal tulah kekanda, Melati anak kita, tidakkah kekanda takut kehilangan anak kita?" Melati terus berlari merajuk kata-kata Ayahanda nya dan terus Panglima Seman menjawab " Adinda, jika lah aku takut, biarlah aku derhaka pada darjat Panglima, dan jika aku berani biarlah redha hati di mamah kesedihan, suatu hari jika Melati berbuat lagi perbuatan nya dahulu, sumpah tulah gugur ke lantai bumi!" terus Mak Merina terdiam dan memujuk Melati dalam keadaan matanya yang agak tajam ke arah ayahnya. Fikiran Melati terlalu dendam pada Wira jika sesiapa yang mencintai Wira, mangsa perempuan cintai Wira jadi mangsa sumpah kesumat cinta tidak berbalas kerana jodoh Melati dengan Wira tidak pernah terlakar pada sebuah kitab cinta sejati dunia akhirat.

Terbenam sang suria menjemput kehadiran sang pancaran bulan purnama di tempat Kuntum berada. Angin-angin senja mencuri masuk kedalam rumah melalui jendela usang lama tak berganti. Pepohon menghibur suasana tanda alam menjemput sang bulan purnama. Bunyi alunan suara ayam jantan mengejutkan Kuntum lantas teringat dengan Wira, adakah Wira dalam perjalanan langkah ke rumah Kuntum atau sebaliknya. Kan Kuntum sanggup menunggu Wira beribu tahun menanti sekali pun. Termenung di jendela seketika menanti. Terlihat dedaun kering di lantai bumi mengusik Kuntum dalam menungannya. Pandangan tajamnya dalam malam yang suram ternampak Wira kekasihnya Kuntum terus Kuntum berlari ke muka rumah menjemput masuk Wira. Santapan malam Wira bersama Kuntum dan Mak Kenanga mengeratkan hubungan Wira dengan Mak Kenanga. Lincah mulut mengeluarkan gurau senda Wira dengan Kuntum. Terpahat senyuman pada wajah Mak kenanga melihat keakraban hubungan Kuntum dan Wira. Lantas Mak Kenanga berfikiran. " Kan ku harap agar hubungan mu berdua akan berkekalan walaupun aku tahu Merina akan pandang hina hubungan mereka kerana anaknya si Melati melakar cinta kepada Wira sesungguhpun kelak akan terjadi sesuatu musibah.." Mak Kenanga mengetahui apa yang akan terjadi kelak tetapi Mak Kenanga tidak halang Kuntum teruskan percintaannya terhadap Wira. Mak Kenanga akan menjaga hubungan mereka daripada kesumat Merina terhadap Mak Kenanga sewaktu terdahulu. Kini mungkin tidak anaknya Kuntum menjadi mangsa derita daripada waris tunggal Merina iaitu Melati. 

akan bersambung........


2 geng blogger komen:

  1. waa . boleh jadi penulis yang hebat nie h .

    ReplyDelete
  2. hahax.. biase2 je tu laa.. boring sangat tulis je crite sebegini.. hahah

    ReplyDelete

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Instagram

Meet The Author