RISALAH ILMU

PERINGATAN RASULULLAH SAW

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, Wahai Kaum Muhajirin, ada lima perbuatan yang jika kamu terjatuh di dalamnya (lakukan) maka aku berlindung kepada Allah daripada keburukannya.

Pertama: apabila manusia secara terang-terangan melakukan perbuatan-perbuatan kerosakan dan zina, mereka akan azab dengan wabak dan sesuatu penyakit yang belum pernah kamu dengar sebelumnya.

Kedua: apabila manusia mulai mengurangi timbangan dalam perniagaan, maka mereka akan ditimpa kelaparan, kesusahan, dan kezaliman daripada pemerintah.

Ketiga: apabila manusia berhenti dari membayar zakat, maka hujan pun turun akan diberhentikan ke atas mereka. Jika bukan untuk haiwan, tidak setitis air hujan  pun yang akan diturunkan ke atas mereka. (Binatang adalah makhluk Allah juga, maka sangat tidak adil jika kerana perbuatan manusia mereka tidak mendapat air.)

Keempat: apabila manusia mulai khianat atas janji-janji mereka, maka bangsa lain akan menguasai mereka, dan harta mereka akan dirampas.

Kelima: apabila manusia menjalankan undang-undang yang bertentangan dengan hukum Allah, maka mereka akan dihancurkan dengan kekacauan dan pertempuran antara sesama mereka.

Rujukan: Syaikhul Hadits Maulana Muhammad Zakariyya rah.a, Fadhilat Sedekah, Pustaka Nabawi, cet.1 1998




0 geng blogger komen:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Instagram

Meet The Author