KEHIDUPAN

Setiap kali aku bangun dari tidurku, aku rasa sungguh bernafas, setiap detik dan saat aku, aku lalui penuh rasa semangat. Tetapi aku sering merasa kehilangan yang sangat dalam. Hilang sesuatu yang aku tidak ketahui. Aku ingin tahu. Tapi tidak akan dapat aku ketahui. Mengapa? Akan mengapa? 

Inilah Kehidupan. Percikan kata-kata yang lantang menghampar pantas terhadap aku, telinga mendengar luas. Ketahui satu berita yang tak diduga. Besar semangat benci sahabat ku menghampar kata. Aku hanya mampu mendengar. Walaupun detik itu runtuh atmosfera ke lantai dunia yang fana. Tertimbus aku yang hina kerdil ini. 
Aku merasa kecewa seperti mana kecewa itu datang kepada aku sebelum ini. Tension! berfikir dan berfikir. Tanpa duga. Mimik muka tanpa senyuman. Ingin sesekali memahatnya tapi mata pisaunya mana? Tidakkan jadi jika ada hulunya saja.

Aku ! 
aku memang pasif orangnya.
Inginkan penyelesaiannya. Tidakkan aku tahu jika mak cik bersuara di pasar tani jika aku berada di tasik nirmala. Takutkan telefon buruk berlaku. Itulah keadaannya terjadi.
terjadi akan terjadi lagi. 
Patutkah aku biarkan? 
Ingin sekali aku menjawab tapi takut mengecewakan.

Terhambat sinar gelap semakin terang di hati. Inginkan kebiasaan. Hidup seperti dulu.
kehidupan memang berputar. Tapi tidakkan mahu pisang berbuah dua kali.
Memnag benar kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Sanggup mati berdepan pedang dari berdepan kata. 
Berdepan kata selamba laku. ah! begitu kah sepatutnya aku lakukan??

0 geng blogger komen:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Instagram

Meet The Author