Penghujung Sem 3

 In The Name of God, Most Gracious & Most Merciful.
Bissmillahirrahmanirrahim.

Akhirnya Final Exam berakhir pada 30 Sept. 2011 & Final Project dah selamat dihantar 4 Oct. 2011.


Petang 4 Oct 2011 aku packing barang dan balik di teratak tak seberapa di Kuching. Huhu, Aku mungkin merindui zaman sem 3, kenangan pahit dan manis. Kenalan ku di sem 3 bertambah kurang setiap masa. Nasib di hujung semester 3 sememangnya lebih mencabar. Lebih kurang seminggu aku menahan perut dengan kelaparan yang tidak dapat di huraikan dengan kata. Hanya Allah yang mengetahui. Kelaparan aku sangat pelik. Time aku lapar aku menjadi lebih malas dan malas dan malas. Aku menyedarinya. Kerja 2D Animation dalan Adobe Flash aku buat last minute. Kawan Kawan ku busy membuatnya tetapi aku masih ada masa untuk tidur dan menidurkan diri diatas tilam yang empuk tersangat di kolej UiTM Kampus Samarahan. Sejuk cuaca menjadi teman malas ku.



Roomate aku yang tercinta, selalu mengerahku untuk ke Dewan Makan untuk membeli nasi dan lauk sayur unutk mengalas perut. Hati aku, ingin sekali aku makan dan selera makan aku yang membuak. Tetapi malas aku melemahkan aku ketika cuaca itu. Aku tidak mampu bergerak ke Dewan Makan a.k.a DM. Aku hanya meniduri diri dan tidur dan tidur. Malang sekali dihujung minggu ingin sekali aku balik ke rumah supaya aku mendapat makan dan belanja. Tetapi tidak tepat apa yang aku rasa. Aku tidak dapat balik ketika itu. HUHU. Aku stay di hostel yang aman dan damai itu. Sedap wok aku tidur dalam kelaparan.
Masih ku ingat. Hari Sabtu aku bangun pagi pukul 4 petang dan cuaca ketika itu dingin sekali. Tidak panas. Matahari tiada kelihatan. Dan Hari Ahad. Aku hanya mampu bangun pukul 12 tengahari. Betapa buruknya malas aku ketika lapar. 

Alhamdulillah pada hari isnin, kelaparan yang teramat menjadikan pemalas aku menurun ke tahap minimum. Aku mencari syiling ku. Syiling ku merata kawasan di bilik hostel ku. Ku kumplu dan akhirnya cukup untuk beberapa suap nasi. Tenaga kembali menyelamatkan aku. Selera aku ingin lagi makan tetapi cukuplah sekadar untuk ini. Bertenaga. 


Dengan adanya tenaga, ada lagi dugaan ku. Gelang hitam dan puteh ku hilang di atas katil. Gelang itu pandai berjalan? oh tidak! Sedaya upaya aku mencari, tetapi tidak dapat.
Baru semalam aku menanyakan kepada roomate aku yang tersayang. Dia cakap dia jumpa diatas meja. Alhamdulillah lagi.

Dan sekarang aku merasa cuti aku dah lama. Mula lah aku merindui seseorang. I Miss You NOW !!!


0 geng blogger komen:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Instagram

Meet The Author